Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengadakan Majlis Minum Petang bersama Kontijen Angkat Sukma Selangor bagi acara Wusyu dan Karate Do bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara pada 9 September 2022.
Majlis diadakan bertujuan untuk sesi ramah mesra dan penyampaian cenderahati kepada atlet-atlet sukan angkat majlis. Turut hadir Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd dan Timbalan Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin Zakaria serta Ahli- Ahli majlis.
Sebagai bapa angkat, MPHS akan memberikan bantuan peralatan & persediaan dalam bentuk wang ringgit dengan jumlah keseluruhan bagi kedua kontijen RM 10,000.00.
Selain itu, beberapa bantuan lain juga turut diberikan bagi membantu atlet-atlet sepanjang tempoh kejohanan berlangsung antaranya bantuan kenderaan bagi pergerakan atlet, elaun makan, t-shirt kejohanan dan beg kasut setiap seorang.
Di dalam majlis tersebut, YDP MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd turut menyampaikan amanat kepada semua atlet dan pengurusan agar dapat menjaga nama baik MPHS selaku bapa angkat, serta nama baik kontijen sepanjang kejohanan berlangsung.
Para atlet diingatkan juga agar menjaga kesihatan dan keselamatan supaya tidak mengganggu prestasi setiap atlet untuk bertanding, serta berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kemenangan dan bawa pulang kejayaan.
Beberapa insentif lain akan diberikan oleh MPHS kepada kedua kontijen sukma kali ini antaranya insentif wang tunai kepada atlet sekiranya dapat membawa pulang pingat samada pingat emas, perak atau gangsa.