MPHS Terima Sijil Penghargaan bagi Penyiapan Laporan Voluntary Local Review (VLR) Hulu Selangor

MPHS TERIMA SIJIL PENGHARGAAN BAGI PENYIAPAN LAPORAN 'VOLUNTARY LOCAL REVIEW (VLR) HULU SELANGOR

05 Nov 2024, Kaherah, Mesir- Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Selangor Pavilion dan Pelancaran Laporan Voluntary State Review (VSR) & Voluntary Local Review (VLR) 6 PBT Negeri Selangor sempena Forum Bandar Sedunia 2024 (WUF12) di Kaherah, Mesir.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut serta YB Dato Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta YB Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar.

Dalam Majlis tersebut, MPHS telah menerima sijil penghargaan bagi penyediaan Laporan Hulu Selangor VLR 2023. Hadir bagi menerima sijil tersebut YBrs Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut serta, TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah, Jabatan Perancang Bandar MPHS mewakili Delegasi dari MPHS.

Yang Dipertua juga turut menyantuni YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor serta YB Exco di dalam lawatan ke reruai interaktif MPHS.

#WUF12

#MPHSgo

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarPalingMampan

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890735

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015