Penghargaan Bandar Mampan 2022 Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022

PENGHARGAAN BANDAR MAMPAN 2022 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2022
PUTRAJAYA, 10 November – YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyempurnakan Majlis Penghargaan Bandar Mampan 2022 yang dianjurkan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia pada 8 November 2022. Majlis penghargaan ini telah disiarkan secara langsung (FB Live) di laman Facebook PLANMalaysia.
Penghargaan Bandar Mampan 2022 ini merupakan antara inisiatif PLANMalaysia bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang komited melaksanakan inisiatif pembangunan bandar mampan di negara ini melalui pengukuran Malaysia Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets).
Penghargaan Bandar Mampan 2022 yang mula diperkenalkan sejak tahun 2013 ini diberi berdasarkan empat (4) kategori iaitu:
1. Penghargaan Bandar Mampan Terbaik 2021 mengikut Kategori PBT;
2. Penghargaan Khas Bandar Mampan;
3. Penghargaan SDG 11; dan
4. Penghargaan PBT bagi Negeri Sabah.
Sebanyak 127 PBT telah menyertai dan dinilai melalui MURNInets iaitu 98 PBT di Semenanjung Malaysia, 3 PBT di Wilayah Persekutuan dan 26 PBT di Negeri Sabah. Daripada jumlah tersebut, 84 PBT (66%) berada di tahap mampan dan berjaya mencapai peratus tahap kemampanan melebihi 80 peratus. Manakala 43 PBT (34%) mencapai status sederhana mampan dengan pencapaian peratus tahap kemampanan antara 50 hingga 79 peratus.
Kriteria pemilihan bagi Penghargaan Bandar Mampan Terbaik adalah berdasarkan
1. Peratusan pencapaian Indeks Kemampanan keseluruhan;
2. Peratusan peningkatan pencapaian Indeks Kemampanan;
3. Peratusan pencapaian skor Indeks Kebahagiaan (KT3-P5);
4. Peratusan pencapaian Skor Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Perkhidmatan PBT (UT1-P1); dan
5. Ketepatan data.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Penerima Penghargaan Bandar Mampan Terbaik 2022. 11 PBT telah terpilih sebagai kawasan PBT Paling Mampan di mana Kuantan, Selayang dan Kampar merupakan bandar paling mampan mengikut kategori PBT masing-masing. Ini termasuklah satu penghargaan khas yang diberikan kepada Perbadanan Putrajaya dan satu PBT Negeri Sabah iaitu MP Sandakan.
Inisiatif pembangunan mampan dirangka oleh PLANMalaysia adalah selari dengan hala tuju KPKT di bawah Agenda Malaysia Berdaya Huni (Liveable Malaysia). Agenda ini turut memberi fokus kepada kesejahteraan komuniti bandar selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 ke arah mencapai masyarakat yang makmur, inklusif dan mampan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 November 2024, 02:33:25.
Jumlah Pelawat :
00868655

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015