PERHIMPUNAN PAGI BULANAN
Sekitar Perhimpunan Pagi Bulanan MPHS yang telah dihoskan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Perhimpunan turut dihadiri oleh Yang Dipertua, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Orang Besar Daerah, Yang Amat Dihormati Raja Muzaffar Raja Redzwa, Ahli- Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan.
Dalam ucapan beliau, Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja dari semua peringkat yang telah bertungkus lumus dalam memberikan perkhidmatan terbaik sekaligus menaikkan imej MPHS. Untuk rekod, MPHS telah dinobatkan sebagai PBT Perbandaran Terbaik bagi Kategori Pandangan Penduduk dan Penglibatan Komuniti serta diiktiraf PBT 5 Bintang dan PBT ke 15 dari 153 PBT di Malaysia. Yang Dipertua mengharapkan semua warga kerja dapat terus memberikan komitmen dan hasil kerja yang lebih baik selaras dengan Misi perkhidmatan MPHS
Yang Dipertua, turut menyampaikan kuih raya kepada semua kakitangan dan Ahli Majlis sempena sambutan Hari Lebaran yang bakal tiba.