Program Membina Matlamat dan Hala Tuju Kerja Berpasukan MPHS Siri 1/2024

Program Membina Matlamat dan Hala Tuju Kerja Berpasukan MPHS Siri 1/2024.

Program telah diadakan pada 15 hingga 17 November 2024 (Jumaat-Ahad) bertempat di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan dengan disertai 62 orang kakitangan MPHS dari pelbagai jabatan dan kumpulan jawatan.

Program ini bertujuan untuk membentuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam diri peserta walaupun berlainan jabatan dan jawatan, saling hormat menghormati dan bantu membantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberi sepanjang tempoh program tersebut.

Turut serta dalam program tersebut ialah Encik Shaiful Rizza bin Piamin, Penolong Setiausaha merangkap Pengarah Perbendaharaan MPHS. Beliau turut memberikan amanat serta harapan pihak pengurusan tertinggi MPHS kepada semua peserta seterusnya menyempurnakan majlis penutup program.

Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat reaksi positif daripada semua peserta dan semua peserta bersemangat serta menunjukkan komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti berlangsung.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#MPHS2024

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00891007

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015