Bagi meringankan beban golongan Asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan dan bersempena menyambut Bulan Ramadhan, Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas makanan kepada 429 penerima di sekitar Daerah Hulu Selangor.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Ahli – Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor kerana turut sama menyumbang dan menjayakan program yang dijalankan pada 26 dan 27 Mac 2022.