Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Selangor

Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) telah memeriahkan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Selangor pada:

Tarikh: 30 Jun 2024 (Ahad)

Masa: 7:30 pagi hingga 1:00 petang

Tempat: Apartment Teratai, Taman Bunga Raya

Penganjuran sambutan ini yang dirasmikan YB Jamaliah bt Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar, Negeri Selangor bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti berhubung kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Gotong Royong secara berkala dan Periksa Rumah Kita Seminggu Sekali merupakan usaha yang boleh mencegah wabak Denggi.

Bahagian KesKom telah menlaksanakan beberapa aktiviti sepanjang program tersebut seperti:

i. Pemberian repelan nyamuk dan racun jentik-jentik. Unit Kawalan Serangga Perosak telah mengedarkan racun jentik-jentik kepada komuniti sebagai langkah kawalan pembiakan nyamuk Aedes. Penggunaan racun jentik-jentik di bekas air yang bertakung akan membunuh jentik-jentik secara langsung akan mengurangkan populasi nyamuk.

ii. Pembelian minyak masak terpakai UCO SIDINA: Mengumpul minyak masak terpakai boleh menjadi sumber pendapatan kepada komuniti di samping dapat memelihara alam sekitar serta mencegah kehadiran LILATI. Minyak yang melekat pada longkang akan mengeluarkan bau busuk yang akan menarik kehadiran lalat, tikus dan lipas. Di samping itu, minyak masak terpakai boleh dijadikan bio-diesel dan merendahkan pelepasan karbon ke udara. Sepanjang program sebanyak 219.65 kg minyak berjaya di kumpul bersamaan dengan 572kg gas karbon dapat diselamatkan.

iii. Taklimat e-Waste (Sisa Elektronik): Sisa elektronik yang semakin meningkat seiring dengan perkembangan teknologi membawa kesan buruk jika tidak diuruskan dengan baik. Terdapat bahan merbahaya seperti kadmium dan plumbum yang boleh mencemar tanah dan air jika dibuang ke persekitaran. Selain itu, terdapat logam berharga seperti emas, perak dan tembaga yang mana dengan kitar semula e-waste maka bahan galian ini tidak perlu dilombong seterusnya memelihara kelestarian alam kita. Jadi pastikan anda mengitar semula e-waste demi kelestarian dan kesejahteraan kita semua.

Tindakan semua pihak serta kerjasama antara agensi dan komuniti amat penting dalam usaha murni ini. Tahniah kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan program tersebut. Amalkan kitar semula demi kelestarian dan kesejahteraan sejagat.

#SIDINAUCO #Kitar-Waste #KesKom #JPSPPA #KitarSemula #GotongRoyong #HapusAedesCegahDenggi #10minitSeminggu

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 15 Julai 2024, 09:59:48.
Jumlah Pelawat :
00794771

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015