Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerusi Jabatan Landskap telah menganjurkan Seminar sempena World Landscape Architecture Month (WLAM) yang bertemakan “Landskap Legasi†dengan kerjasama ILAM Centre of Excellent (ICE) bertempat di Bukit Beruntung Golf & Country pada 15 April 2023.
Seminar yang menjurus kepada perkongsian ilmu dan ‘talk session’ ini telah dirasmikan oleh YB Ng Sze Han, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Kampung Baru. Turut hadir bersama Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS, YAD Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Roslee Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Prof. LAr. Dr. Nor Atiah Ismail, Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), LAr. Dr. Badrulzaman Jaafar, Pengerusi Persatuan Arkitek Landskap Malaysia Awam , Mohd Zailani Jamil, Presiden Persatuan Arborist Malaysia, Siti Hajar Johor,Senior Record Consultant Malaysia Book of Records dan Awaluddin Zakaria, Timbalan yang Dipertua MPHS.
2 topik yang dibincangkan di dalam seminar tersebut iaitu Landskap Legasi dan Generasi Baru & Cabaran. Seminar disertai oleh perunding landskap, pemaju, arborist, kontraktor tempatan, pengarah serta wakil jabatan MPHS, Pensyarah dan pelajar daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara serta Universiti Sultan Idris dan persatuan penduduk.
Setelah selesai sesi seminar, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pemenang bagi Program Indah Persekitaran (PIP) 2022. Bagi kategori perumahan, Perumahan Desa Melor, Serendah telah dinobatkan sebagai pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM 15,000.00 manakala tempat kedua dimenangi oleh Perumahan Desa Anggerik, Serendah dengan hadiah RM6,000.00 dan di ikuti oleh Perumahan Jalan Inai, Bukit Beruntung dengan hadiah RM 5,000.00.
Bagi kategori bangunan bertingkat dimenangi oleh Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa dengan hadiah bernilai RM15,000.00 dan tempat kedua di menangi oleh Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya dengan hadiah RM 6,000.00.
Di dalam majlis yang sama, MPHS turut melancarkan Program Indah Persektiran (PIP) bagi tahun 2023 yang disempurnakan oleh oleh Awaludin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS diiringi oleh LAr Mohd Fadhil Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap MPHS. Tempoh pertandingan bermula 1 Mei 2023 sehingga 1 November 2023.
Selain itu, sesi taklimat berkaitan Hulu Selangor Landscape Blueprint (HSLBp)2035 telah disampaikan oleh LAr. Norliza binti Mohd Yusof, Clouston Design Sdn Bhd) kepada peserta seminar.
Majlis penutup diakhiri dengan sesi Iftar bersama semua peserta yang hadir. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ICE (ILAM Centre of Excellent) sebagai rakan kerjasama seminar, Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM) dalam memberikan kerjasama dan sokongan padu sepanjang program ini berlangsung.