Sesi Audit Pelaporan Karbon bagi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) MPHS Tahun 2024

SESI AUDIT PELAPORAN KARBON BAGI PROGRAM LOW CARBON CITIES 2030 CHALLENGE (LCC2030C) MPHS TAHUN 2024

05 Sept. 2024, Kuala Kubu Bharu – Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima kehadiran Panel Auditor dari Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) bagi tujuan Sesi Audit Pelaporan Karbon Bagi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) MPHS Tahun 2024.

Sesi Pengauditan telah dijalankan bertempat di Bilik Mesyuarat Lata Medang, Ibu Pejabat MPHS. Seramai 4 orang panel telah hadir untuk melaksanakan penilaian yang diketuai oleh Pn. Norfarhana binti Mohd Yusoff selaku Penyelia serta 3 Orang Auditor iaitu En. Mohammad Fendi bin Mustafa, En. Mohd Khairol Ainol bin Jamal dan Pn. Wan Nur Azwani binti Mohamad Masri.

Turut sama pada sesi pengauditan ini Ybrs. En. Shaiful Rizza bin Hj Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS serta Ybrs. TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar, serta penyelaras LCC MPHS.

MPHS telah mengemukakan sebanyak 13 penyertaan LCC2030C bagi Tahun 2024 yang melibatkan 3 penyertaan Kategori Zon Bandar Rendah Karbon dan 10 penyertaan bagi Kategori Rakan Kongsi.

Melalui penyertaan ini MPHS mensasarkan 10 % pengurangan pelepasan karbon melalui pengiktirafan Diamond Recognition dan Provisional Certificate selaras dengan Matlamat Hulu Selangor Ke Arah Bandar Rendah Karbon Pada Tahun 2035.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861541

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015