Sekitar Sesi Penilaian Pertandingan Keceriaan Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk QE5S.
Pertandingan ini dianjurkan bertujuan memupuk semangat patriotik dan cintakan Negara di samping meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan sama ada secara individu ataupun organisasi melalui cetusan kreativiti dalam menyampaikan informasi kenegaraan.
Program ini juga turut memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia melalui suasana keceriaan dan cetusan kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di zon 5S masing-masing.
Sesi Penilaian dilakukan oleh panel yang terdiri daripada Ahli Majlis MPHS, Puan Saripah Bakar, Tuan Chinniah, Puan Lim Poh Kuan yang menilai semua zon QE5S di MPHS.