SESI TAKLIMAT (TOWNHALL) BERSAMA PENYEWA PASAR AWAM SERENDAH
Sesi taklimat bersama penyewa bagi cadangan menaiktaraf 1 unit pasar awam 1 tingkat yang sediada di Mukim Serendah Daerah Hulu Selangor pada 12 Julai 2023 (Rabu) jam 2.30 petang. Pengarah JPPH telah mempengerusikan sesi taklimat yang turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Korporat dan wakil jabatan serta Ahli Majlis MPHS. Sesi taklimat dan sesi soal jawab berjalan dengan lancar.