SESI UJICUBA INFLATABLE BOAT DAN BASIKAL ELEKTRIK
Pasukan Unit Pantas MPHS mengadakan sesi uji cuba yang melibatkan 6 anggota Unit Pantas , 1 unit ‘inflatable boat’ serta enjin dan 1 unit basikal elektrik yang disumbangkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan 1 unit ‘inflatable boat’ beserta enjin yang dibeli oleh MPHS dalam persiapan jentera dan aset bagi persediaan menghadapi bencana di Daerah Hulu Selangor.
YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang DiPertua MPHS dan LAr. Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap turut hadir bagi menjayakan sesi uji cuba ini.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan ini. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam memberi bantuan bencana di Negeri Selangor dalam keadaan siap siaga dari segi tenaga mahupun peralatan.