Tandem Paragliding di bawah anjuran Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) (2)

KUALA KUBU BHARU, 15 September 2024 : Seramai 35 peserta kurang upaya penglihatan telah menyertai program Tandem Paragliding di bawah anjuran Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) seterusnya mencipta sejarah didalam Malaysia Book of Records.

Sebagai simbolik Hari Malaysia pada 16 September 2024, MAB mengambil peluang untuk menunjukkan potensi komuniti orang kurang upaya penglihatan dengan terlibat dalam sukan udara ekstrem yang diadakan di KKB Paragliding Park @Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Bharu dibawah seliaan rakan strategik pelancongan daerah iaitu Cloud Bass.

Tetamu jemputan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Julaihah binti Jamaludin, YB Puan Anfaal binti Saari, Jawatankuasa Tetap Negeri Selangor, Datin Fauziah Mohd Ramly, Timbalan PresideN MAB serta Dato’ George Thomas iaitu CEO MAB serta Encik Christopher Wong, CEO Malaysia Books of Records

Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta diatas keberanian dan semangat anda. Hal ini turut membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk mencapai sesuatu matlamat.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861541

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015