Townhall MPHS bersama para peniaga Pasar Swasta Jalan Orkid Bukit Sentosa

TOWNHALL MPHS BERSAMA PENIAGA PASAR SWASTA BUKIT SENTOSA OLEH BAHAGIAN INSPEKTORAT, JPSPPA, MPHS

Bukit Sentosa, 11 Oktober 2024 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan sesi Townhall bersama para peniaga Pasar Swasta Jalan Orkid Bukit Sentosa yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan pasar SWC Enterprise SDN BHD.

Tujuan perjumpaan ini adalah memastikan pencemaran dan kacauganggu berlaku berpunca dari aktiviti pasar dihapuskan, longkang disekitar pasar yang bersih, pemilik dan peniaga-peniaga pasar patuh dengan Undang-Undang dan syarat- syarat yang dikenakan oleh pihak MPHS serta mematuhi Garis Panduan Pasar Sejahtera yang dikeluarkan oleh pihak KPKT.

Dalam masa yang sama, pihak MPHS membincangkan dalam menyelesaikan isu-isu aduan seperti pencemaran sisa proses ayam di pasar swasta tersebut yang menyebabkan longkang awam tersumbat, mendatangkan kacauganggu kepada orang awam dan lain-lain isu berkaitan bersama pemilik pasar swasta dan peniaga pasar berkenaan.

Hasil dari perbincangan ini, kesemua pihak telah bersetuju dan bersepakat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah dibangkitkan demi kesejahteraan masyarakat.

Pihak MPHS mengarahkan kepada pihak Pengurusan Pasar Swasta Bukit Sentosa supaya memenuhi arahan, keperluan dan syarat-syarat yang telah dipersetujui. Turut hadir juga adalah Ahli Majlis zon 19, En Fuad bin Ahmad Naravi dan wakil Penyelaras Parlimen Hulu Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890859

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015