11 Kucing Terbiar Temui Keluarga Baharu dalam Kejayaan Program Adopsi Meow

11 Kucing Terbiar Temui Keluarga Baharu dalam Kejayaan Program Adopsi Meow

RAWANG, 25 Julai 2025 – Program Adopsi Meow yang berlangsung selama tiga hari di AEON Anggun Mall, Rawang, telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan memberangsangkan apabila 11 ekor kucing terbiar berjaya menemui keluarga baharu. Daripada jumlah itu, sembilan ekor kucing adalah di bawah jagaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), manakala dua ekor lagi berasal dari Persatuan Haiwan Malaysia (MAA).

Program Anjuran bersama MAA dan Unit Kawalan Haiwan Terbiar MPHS ini menerima sambutan positif, sekali gus mencerminkan komitmen kedua-dua pihak terhadap kebajikan haiwan di kawasan Hulu Selangor.

Pada hari kedua Program, Puan Saripah binti Bakar, Ahli Majlis Zon 8, turut hadir bagi memeriahkan acara dan menunjukkan sokongan beliau. Beliau menyatakan rasa gembira dan berpuas hati dengan inisiatif ini, yang membuktikan bahawa kerjasama erat antara MAA dan MPHS mampu memberikan impak positif yang signifikan terhadap kebajikan haiwan.

Pihak MPHS berharap agar pemilik baharu akan terus meningkatkan kualiti hidup kucing-kucing ini, terutamanya dalam aspek penjagaan, rawatan kesihatan, vaksinasi, pemandulan bagi yang layak, serta penyediaan makanan dan minuman. Ini adalah penting memandangkan 90 peratus daripada kucing yang diadopsi merupakan kucing jalanan.

Selain daripada menyediakan rumah baharu, program adopsi ini juga berfungsi sebagai platform penting untuk mendidik masyarakat tentang tanggungjawab terhadap kebajikan haiwan. Kejayaan program ini jelas menunjukkan bahawa melalui keprihatinan dan kerjasama komuniti, kita mampu membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap haiwan.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 29 Julai 2025, 02:58:21.
Jumlah Pelawat :
01036659

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015