Acara Penyampaian Apresiasi kepada JMB/MC MPHS 2025

ACARA PENYAMPAIAN APRESIASI KEPADA JMB/MC MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2025
21 Jun 2026, Kuala Kubu Bharu : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan Acara Penyampaian Apresiasi kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) 2025 bertempat di Dataran Warisan, Kuala Kubu Bharu.
Penyampaian apresiasi ini bertujuan sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan kepada JMB/MC berdasarkan penilaian Indeks Kualiti Pengurusan Bangunan Berstrata dalam memastikan sistem pengurusan dan pentadbiran JMB/MC sentiasa mencapai matlamat dan kualiti yang ditetapkan.
Penyanpaian anugerah-anugerah ini juga merupakan inisiatif pihak MPHS melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) dalam melaksanakan penilaian penarafan bintang kepada JMB/MC dan seterusnya memberikan apresiasi kepada JMB/MC yang mencatatkan penarafan yang cemerlang.
Di dalam majlis tersebut yang diadakan bersekali dengan Program Hari Tanpa Kenderaan dan Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026, YBhg. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menyampaikan hadiah berupa sijil dan wang tunai kepada 19 penerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Strata yang telah berjaya mendapat pencapaian 4 bintang.
Selain itu, 3 JMB/MC telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengurusan, Penyenggaraan dan Kewangan Terbaik yang telah membawa pulang trofi, wang tunai dan sijil penghargaan iaitu :
Tempat Pertama : JMB Pangsapuri Seri Kembangan, Bukit Beruntung.
Tempat Kedua : Perbadanan Pengurusan Seri Anggerik III, Bukit Sentosa.
Tempat Ketiga : JMB Pangsapuri Seri Tanjung, Bukit Beruntung.
Penilaian bagi penarafan bintang JMB/MC yang telah dilaksanakan ini juga antara contoh pemantauan dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri dengan Jabatan/Bahagian/Unit Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.
Pihak Majlis mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua penerima anugerah tersebut dan berharap agar penghargaan dan pengiktirafan ini akan dapat menaikkan semangat dan motivasi semua JMB/MC untuk memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan masing-masing di masa akan datang.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01284236

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015