Anugerah Pementoran Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi Tahun 2025

ANUGERAH PEMENTORAN PERINGKAT PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2025

Shah Alam. 24 September 2026. Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menghantar wakil bagi menyertai Anugerah Pementoran Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Program telah berlangsung di Laman Minda Sejahtera, Cawangan Kaunseling & Psikologi, Tingkat 3, BPSM SUK Negeri Selangor.
Wakil MPHS telah dicalonkan bagi kategori Mentor Terbaik, Menti Terbaik serta Pasangan Mentor Menti Terbaik.
Pencalonan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, kerjasama dan penglibatan peserta sepanjang pelaksanaan Program Pementoran MPHS, khususnya dalam usaha memperkukuh pembangunan kompetensi, perkongsian ilmu serta pembentukan budaya kerja yang positif dalam kalangan warga kerja.
Program pementoran turut menjadi platform kepada mentor dan menti untuk saling berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh program.
Semoga wakil MPHS terus memberikan yang terbaik dan membawa nama Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan penuh komitmen dan semangat. Tahniah dan selamat maju jaya!
 
 
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 September 2026, 08:39:15.
Jumlah Pelawat :
01374708

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015