Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) dan Audit Pemantauan (2) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS ISO/IEC 27001:2022)

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 & AUDIT PEMANTAUAN (2) SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS ISO/IEC 27001:2022) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

KUALA KUBU BHARU, 6 Oktober 2025- Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) diaudit bagi Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) dan Audit Pemantauan (2) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS ISO/IEC 27001:2022) yang akan dilaksanakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Oktober 2025.

Pasukan Juruaudit bagi MS ISO 9001:2015 diketuai oleh

Cik Nur Atikah Idayu binti Ahmad Nadzry dibantu oleh dua juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Pasukan Juruaudit bagi ISMS ISO/IEC 27001:2022 diketuai oleh Puan Nur Fatin E’zzati binti Masruhaizan dibantu oleh seorang juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Mesyuarat Pembukaan Audit ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan MPHS.

Audit hari pertama berjalan dengan lancar, melibatkan Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan.

Manakala bagi audit ISMS, tumpuan diberikan kepada Bahagian Teknologi Maklumat sebagai bahagian utama yang diaudit.

Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan/bahagian atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan sistem pengurusan kualiti serta keselamatan maklumat MPHS terus berada pada tahap terbaik.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Selasa 07 Oktober 2025, 07:35:57.
Jumlah Pelawat :
01084175

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015