Bantuan Pasca Banjir, Taman Seri Cahaya, Batang Kali
5 Julai 2025, Batang Kali : Seramai 7 anggota PANTAS MPHS telah ditugaskan bagi membantu kerja-kerja pasca banjir melibatkan 2 buah rumah terjejas di perumahan Taman Seri Cahaya, Batang Kali.
Keadaan terkini, tiada pusat pemindahan dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Paras air juga telah surut sepenuhnya. Hujan lebat dengan jumlah taburan hujan yang tinggi pada petang 4hb telah menyebabkan air naik dan menyebabkan banjir di kawasan tersebut.
YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama Ahli Majlis Zon 13 En. Chinniah a/l Subramaniam turut hadir meninjau lokasi bagi melihat keadaan kawasan banjir yang terlibat. Terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang terlibat dalam usaha bantuan ini.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon