BENGKEL PENGALAMAN SENI BATIK WARISAN MALAYSIA | JAMBATAN BUDAYA MALAYSIA–JEPUN
Kuala Kubu Bharu, 9 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat & Belia telah menerima kunjungan seramai 15 orang warga Jepun termasuk kanak-kanak bagi menyertai Bengkel Pengalaman Seni Batik Warisan Malaysia.
Bengkel interaktif ini memberi peluang kepada para peserta mengenali dengan lebih dekat keunikan seni batik tradisional Malaysia serta merasai sendiri pengalaman menghasilkan batik secara praktikal.
Selain memperkenalkan salah satu khazanah seni dan warisan negara, program ini turut menjadi medium pertukaran budaya yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara masyarakat Malaysia dan Jepun.
Para peserta turut diberikan pendedahan mengenai keunikan Kuala Kubu Bharu dan Hulu Selangor sebagai destinasi yang kaya dengan warisan, budaya, alam semula jadi serta produk pelancongan tempatan.
MPHS sentiasa mengalu-alukan program yang membuka ruang kepada perkongsian budaya dan pada masa yang sama membantu memperkenalkan identiti serta keistimewaan Hulu Selangor kepada masyarakat antarabangsa.
















