BENGKEL SEMAKAN SEPARUH PENGGAL SASARAN KERJA UTAMA (SKU) MPHS TAHUN 2025
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Bengkel Semakan Separuh Penggal Sasaran Kerja Utama (SKU) pada 23 hingga 26 Julai 2025. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, dengan kehadiran Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS, serta para pengarah dan ketua bahagian MPHS.
Tujuan bengkel ini adalah untuk:
1. Menilai pencapaian separuh penggal SKU MPHS bagi tahun 2025.
2. Mengenal pasti jurang pencapaian serta peluang penambahbaikan.
3. Menyusun strategi dan pelan tindakan yang lebih berkesan bagi memastikan sasaran utama MPHS tercapai.
Kehadiran semua pengurusan tertinggi membuktikan komitmen MPHS dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, selaras dengan visi dan misi majlis.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS
#HuluSelangorBandarRendahKarbon