Dewan Serendah Makmur Siap, Perkukuh Kemudahan Komuniti Serendah

DEWAN SERENDAH MAKMUR SIAP, PERKUKUH KEMUDAHAN KOMUNITI SERENDAH

SERENDAH, 4 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus komited memperkasa penyediaan kemudahan awam berkualiti untuk masyarakat menerusi siapnya Dewan Serendah Makmur, yang kini diserahkan untuk kegunaan penduduk setempat.
Majlis Perasmian dan Penyerahan Dewan Serendah Makmur telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Saifuddin bin Shafi Muhammad, Penyelaras DUN Batang Kali. Projek ini menandakan satu lagi usaha MPHS dalam memastikan masyarakat khususnya di Serendah menikmati kemudahan yang selesa, selamat dan kondusif untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Dewan yang dibina ini dilengkapi dengan satu gelanggang badminton, dua unit tandas lelaki dan wanita, satu tandas OKU serta sebuah stor/bilik utiliti.
Projek bernilai RM478,621.22 ini dimulakan pada 11 November 2025 dan berjaya disiapkan pada 17 Julai 2026 dalam tempoh lapan bulan. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) turut dikeluarkan pada tarikh yang sama. Dewan ini turut menerapkan elemen kelestarian melalui penggunaan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).
Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, berkata pembangunan Dewan Serendah Makmur merupakan sebahagian daripada komitmen MPHS untuk memastikan hasil yang disumbangkan masyarakat melalui cukai dikembalikan dalam bentuk prasarana yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Menurut beliau, penyediaan kemudahan awam merupakan antara keutamaan MPHS bagi memastikan komuniti mempunyai ruang yang selamat, selesa dan kondusif untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Pembangunan Dewan Serendah Makmur turut mencerminkan pendekatan “Daripada Anda Untuk Anda”, iaitu usaha MPHS mengembalikan hasil cukai kepada masyarakat melalui pembangunan prasarana yang nyata dan berkualiti.
Sehubungan itu, MPHS berharap Dewan Serendah Makmur dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat pengukuhan silaturahim dan perpaduan masyarakat, termasuk bagi program kemasyarakatan, aktiviti belia, sukan, majlis keramaian dan kegiatan pendidikan.
Dalam masa yang sama, penduduk setempat diseru supaya bersama-sama menjaga kebersihan, keselamatan dan keindahan dewan serta mengelakkan sebarang bentuk vandalisme bagi memastikan kemudahan ini terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.
MPHS juga berharap pengurusan dewan dapat dilaksanakan secara adil, telus dan inklusif supaya proses tempahan serta penganjuran aktiviti dapat berjalan lancar dan dewan sentiasa dihidupkan dengan program yang memberi impak positif kepada masyarakat.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 05 Oktober 2026, 04:05:04.
Jumlah Pelawat :
01381307

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015