Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026

FESTIVAL KEBUDAYAAN ORANG ASLI SELANGOR 2026

Kuala Kubu Bharu, 9 Ogos 2026 - Kemeriahan Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026 berlangsung penuh warna-warni di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2026, pada hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Papparaidu Veraman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti Negeri Selangor.
Sambutan ini bukan sekadar meraikan budaya dan tradisi, tetapi merupakan tanda penghargaan terhadap identiti, sejarah, warisan serta sumbangan masyarakat Orang Asal. Ia menjadi wadah untuk kita bersama-sama memelihara warisan, memperkasa komuniti dan memastikan khazanah budaya ini terus hidup serta diwarisi oleh generasi akan datang.
Turut hadir daripada pihak MPHS, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Julaihah binti Jamaludin; Setiausaha, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, barisan ahli majlis dan pengarah-pengarah jabatan dalam meraikan kepelbagaian budaya serta warisan masyarakat Orang Asli Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk Fun Run, pameran kebudayaan, persembahan tradisional, sukaneka rakyat, pertandingan serta jualan dan demonstrasi hasil kebudayaan Orang Asli.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 10 Ogos 2026, 03:16:54.
Jumlah Pelawat :
01334534

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015