Focus Group Discussion (FGD) Penetapan Kadar Peratusan yang Perlu Didepositkan ke Akaun Kecacatan pada Harta Bersama di Bawah Pesuruhjaya Bangunan MPHS

FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) PENETAPAN KADAR PERATUSAN YANG PERLU DIDEPOSITKAN KE AKAUN KECACATAN PADA HARTA BERSAMA DI BAWAH PESURUHJAYA BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Batang Kali, 24 Jun 2025 – Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan satu sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi membincangkan penetapan kadar peratusan deposit ke Akaun Kecacatan Harta Bersama di bawah seliaan Pesuruhjaya Bangunan MPHS.

Penetapan ini adalah selaras dengan Seksyen 92, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang memperuntukkan kewajipan pemaju untuk mendepositkan sejumlah wang ke Akaun Kecacatan bagi harta bersama, serta Subperaturan 47(1), Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015, yang menetapkan amaun minimum deposit iaitu tidak kurang daripada 0.5% daripada kos pembinaan atau RM50,000.00, mengikut mana yang lebih tinggi.

Penganjuran FGD ini bertujuan mendapatkan input dan pandangan daripada agensi berkaitan serta jabatan dalaman MPHS bagi menentukan kadar deposit yang bersesuaian berdasarkan risiko pembangunan strata. Penetapan kadar yang berpaksikan kepada penilaian risiko ini dapat berfungsi sebagai jaminan tanggungjawab pemaju dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan harta bersama seperti cerun, jalan, longkang, parit dan struktur bangunan, sepanjang tempoh tanggungan kecacatan (Defect Liability Period).

Turut diadakan ialah taklimat teknikal oleh Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Taufik Bin Haron, Ketua Pengarah Eksekutif IKRAM Works Sdn Bhd, yang membentangkan anggaran kos pembaikan bagi kes-kes yang melibatkan pemajuan strata.

FGD ini bukan sahaja memperkukuhkan kerjasama strategik antara MPHS, agensi teknikal dan pihak berkepentingan, malah turut mencerminkan komitmen bersepadu dalam memastikan penetapan kadar deposit dibuat secara telus, berasaskan risiko dan berpandukan kehendak undang-undang semasa. Inisiatif ini diharap dapat memberi jaminan perlindungan yang lebih kukuh terhadap kepentingan pemilik dan penduduk strata di Hulu Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 27 Jun 2025, 05:56:24.
Jumlah Pelawat :
01012479

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015