13 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Pada hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Forum Gabenor dan Datuk Bandar Asean (AGMF) yang merupakan platform yang menghimpunkan para Gabenor dan Datuk Bandar dari negara-negara ASEAN untuk berbincang, berkongsi pengalaman dan memperkukuh kerjasama dalam pembangunan bandar yang lestari serta responsif terhadap perubahan iklim. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Paduka TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Turut hadir pada mesyuarat ini YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama YBrs. Puan TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar, MPHS.
Pada penganjuran ASUF 2025 ini juga, turut diadakan sesi Pocket Talk oleh PBT Selangor dan Tourism Selangor. MPHS turut menyertai pameran di Pavilion Selangor bermula dari 12 hingga 14 Ogos 2025. Reruai Pavilion Selangor ini juga telah diserikan dengan kunjungan daripada YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YB Dato Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor.
Turut hadir pada program ini Ybrs. Puan Rohani binti Yusof, Ahli Majlis MPHS bersama dengan Pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang Bandar, MPHS.
#ASUF2025 #AGMF2025
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo