Ingress Technologies & MPHS Berganding Bahu Jayakan Recycle Day 2025
BUKIT BERUNTUNG, 2 Disember 2025 – Program Recycle Day yang berlangsung di Ingress Technologies, Bukit Beruntung mencapai kejayaan dengan pelbagai pengisian yang menekankan amalan kelestarian dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Program ini diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Encik Muhamad Ismail bin Gulam Rasul, Pegawai Kesihatan Persekitaran MPHS, yang menyampaikan ceramah mengenai kesan penghasilan sampah terhadap peningkatan suhu bumi. Selain itu, Ir. Mhd Saiful Anuar bin Zainal, Pengarah Eksekutif Syarikat Trash4Cash turut berkongsi tentang kepentingan memastikan barangan kitar semula dihantar melalui saluran yang betul bagi meningkatkan keberkesanan proses kitar semula. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Haji Hasmizan bin Khamis, General Manager Ingress Technologies, yang menyatakan komitmen syarikat dalam menyokong program kelestarian selari dengan komitmen Environmental, Social & Governance (ESG).
Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA MPHS turut membuka booth pengumpulan minyak masak terpakai (UCO), dan berjaya mengumpul sebanyak 56.35kg UCO hasil penyertaan para pekerja.
Tambahan lagi, Ingress Technologies sendiri telah mempunyai pusat kitar semula pandu lalu automatik (ADTREC) Trash4Cash, sebagai usaha berterusan untuk menggalakkan pekerja mengamalkan budaya kitar semula dalam rutin harian. MPHS berharap program seperti ini dapat terus diperluaskan demi membina komuniti yang lebih prihatin, bersih dan mampan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















