IRF Guide Training & Education (GTE) – Sungai Selangor, KKB

IRF Guide Training & Education (GTE) – Sungai Selangor, KKB

Tarikh : 14 – 17 Julai 2025

Tempat: Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu

Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah berjaya menganjurkan latihan khas IRF Guide Training & Education (GTE) di Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu, dengan kerjasama pakar bertauliah dari International Rafting Federation (IRF).

Latihan intensif selama empat hari ini bertujuan melahirkan river guide yang mahir, berdisiplin dan profesional, bagi memastikan aktiviti whitewater rafting di Hulu Selangor dijalankan dengan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi.

Fokus latihan meliputi:

  • Teknik mendayung dan pengurusan risiko di sungai
  • Komunikasi efektif bersama pelanggan
  • Tindakan kecemasan dan etika kerja profesional

Latihan ini bukan sahaja menaikkan standard pengendali rafting tempatan, malah turut memperkukuh imej Hulu Selangor sebagai hab ekopelancongan sukan air yang selamat, mesra pelancong dan bertaraf antarabangsa.

MPHS terus komited melaksanakan inisiatif berterusan dalam memajukan serta membangunkan produk pelancongan daerah – daripada akar komuniti hingga ke peringkat antarabangsa. Program latihan IRF ini adalah sebahagian daripada usaha strategik untuk mewujudkan ekosistem pelancongan yang mampan, berkualiti dan berdaya saing global.

Berminat mencuba aktiviti whitewater rafting?

MPHS menjemput orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman mendebarkan dan selamat ini di Sungai Selangor, Bandar Kuala Kubu Bharu, bersama pemandu rafting yang telah diiktiraf secara rasmi oleh IRF!

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi operator rafting berdaftar kami atau rujuk laman rasmi MPHS.

#MPHS #EkopelanconganHuluSelangor #RaftingKKB #IRFGTE #RiverGuideBertauliah #HuluSelangorLuarBiasa #PelanconganKomuniti #InisiatifMPHS #WhitewaterRafting #TourismExcellence

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 21 Julai 2025, 09:00:30.
Jumlah Pelawat :
01029685

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015