Karnival Kerjaya Hulu Selangor Tawar Lebih 3,800 Peluang Pekerjaan
5 Julai 2025, KUALA KUBU BHARU : Karnival Kerjaya Jelajah JobCare bersama MYFutureJobs telah diadakan di Dewan Merdeka KKB dengan penglibatan 23 syarikat majikan daripada pelbagai sektor industri. Sebanyak 3,810 kekosongan jawatan ditawarkan kepada para pencari kerja.
Antara majikan utama yang terlibat ialah Prasarana Malaysia Berhad, Sri Nona Food Manufacturing, Ingress Technologies, Leoch Battery, dan QL Ansan Poultry Farm. Peserta berpeluang menjalani sesi temu duga secara langsung dan mengenali lebih dekat peluang kerjaya yang ditawarkan.
Sebanyak 67% jawatan menawarkan gaji melebihi RM2,000, manakala 90% kekosongan adalah untuk penempatan dalam negeri Selangor.
Sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan ialah:
Perdagangan borong & runcit (32.8%)
Pembuatan (24.4%)
Pengangkutan & penyimpanan (15.49%)
Perkhidmatan makanan & penginapan (11.47%)
Aktiviti pentadbiran & khidmat sokongan (9.74%)
Karnival ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dan agensi berkaitan dalam memperkasakan tenaga kerja tempatan serta menangani isu pengangguran secara proaktif.
Turut hadir YB Tuan Papparaidu Veraman, Exco Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan; YB Puan Pang Sock Tao, Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Encik Mohd Norazif Ahmad Tamsis.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon