Kelulusan Pelan Pembangunan Pelaburan Linergy Power Sdn. Bhd. di Bawah Inisiatif High Speed Hulu Selangor

KELULUSAN PELAN PEMBANGUNAN PELABURAN LINERGY POWER SDN. BHD. DI BAWAH INISIATIF HIGH SPEED HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu, 19 Jun 2025 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memperakukan kelulusan permohonan cadangan pemajuan untuk Projek Tetuan Linergy Power Sdn. Bhd. di bawah Inisiatif MPHS 14 Flagship.

MPHS 14 Flagship adalah salah satu kaedah di bawah Inisiatif "High Speed Hulu Selangor". Ianya menggunakan platform Industrial Green Lane (IGL) iaitu modul yang tersedia di dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online dengan beberapa penambahbaikan proses.

Salah satu tawaran kaedah ini adalah komitmen surat kelulusan dikeluarkan selepas sahaja mesyuarat. Pemaju juga ditawarkan untuk memohon lesen sementara ketika ini manakala lesen penuh boleh diberikan segera apabila CCC didepositkan.

Puan Yang Dipertua telah menandatangai surat kelulusan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan Parit sejurus tamat Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pembangunan OSC hari ini.Surat kelulusan berkenaan telah disampaikan kepada Mr. Lu Zhan, Investment Director Linergy Power Sdn. Bhd.

Pelaburan Linergy Sdn. Bhd. adalah bernilai RM 260 Juta dan bakal menjana peluang pekerjaan seramai 1700 – 2000 orang. Kilang pemasangan bateri ini akan dibina di Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah yang juga telah menarik pelaburan – pelaburan berimpak tinggi seperti UMW Aerospace, PERODUA dan Longi Malaysia.

Puan Yang Dipertua mengucapkan terima kasih atas komitmen jitu agensi teknikal, dokongan kuat ahli-ahli Majlis di dalam Jawatankuasa OSC , Unit H2S, Bahagian OSC MPHS serta barisan perunding yang dilantik pihak pemohon melaksanakan proses pra-rundingan dan secara 'self regulation' mematuhi kehendak, syarat dan ulasan teknikal. Untuk rekod permohonan ini merupakan permohonan kedua yang telah berjaya diluluskan dibawah inisiatif MPHS 14 Flagship.

Pihak MPHS akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor untuk menarik pelaburan ke Daerah Hulu Selangor. Dengan peningkatan pelaburan di Daerah Hulu Selangor ini, selain meningkatkan nilai hartanah ia juga membuka peluang pekerja kepada penduduk Daerah Hulu Selangor khasnya.

MPHS juga komited untuk memastikan pelabur yang ingin melabur di Hulu Selangor diberi pemudahcara selaras inisiatif yang telah digariskan di dalam Ease Of Doing Bussiness in Hulu Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Jun 2025, 09:31:36.
Jumlah Pelawat :
01008391

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015