Kunjungan Rasmi daripada Delegasi Majlis Daerah Selama (MD Selama)

LAWATAN MAJLIS DAERAH SELAMA KE HULU SELANGOR – PERKONGSIAN STRATEGI PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Majlis Daerah Selama (MD Selama) yang diketuai Yang Dipertua (YDP) MD Selama, Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPHS yang hadir mewakili YDP MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin.

Delegasi MD Selama yang hadir seramai 35 orang terdiri daripada ahli majlis dan ketua jabatan. Dari pihak MPHS, turut hadir Ahli Majlis Puvanesvaran a/l Patchimuthu, Encik Eng Teck Ming, dan Puan Saripah Bakar, bersama wakil pengarah jabatan MPHS.

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS, telah berkongsi beberapa inisiatif utama MPHS dalam sektor pelancongan, antaranya:

Pembangunan Eko-Pelancongan

Program Pemurnian Pelancongan (P3S)

Program Pemutihan Pembangunan Tapak Perkhemahan Daerah Hulu Selangor

Bagi memberi pengalaman secara langsung, delegasi MD Selama dibawa meninjau Fraser Valley – salah satu produk Inap Dusun Hulu Selangor – yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan suasana desa yang mendamaikan.

Lawatan ini menjadi wadah penting dalam perkongsian pengetahuan dan pembinaan hubungan strategik antara kedua-dua pihak. Diharapkan ia menjadi titik permulaan kepada kolaborasi yang lebih erat, demi memacu pembangunan pelancongan yang mampan dan berimpak tinggi di kedua-dua daerah.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 14 Ogos 2025, 07:00:27.
Jumlah Pelawat :
01049270

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015