YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR MELAWAT RERUAI PELABURAN MPHS SPARK @ SIBS 2026
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berbesar hati menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, ke reruai pelaburan SPARK @ SIBS 2026 sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2026.
Kunjungan ini memberi peluang kepada MPHS untuk mengetengahkan potensi pelaburan dan kawasan pembangunan strategik di Hulu Selangor menerusi perkongsian Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) MPHS melalui platform RTD Smart Click.
YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut diberikan penerangan mengenai potensi pembangunan serta peluang pertumbuhan ekonomi di Hulu Selangor sebagai destinasi pelaburan yang strategik, mampan dan berdaya saing.
'Hulu Selangor - Destinasi Pelaburan Masa Kini'
















