KURSUS AI : PRODUKTIVITI DAN INOVASI MPHS 2025
MPHS, 6 Mac 2025. Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Kursus AI : Produktiviti dan Inovasi bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan MPHS mengenai teknologi berkaitan AI.
Kursus telah dikendalikan oleh Encik Adil Hidayat bin Rosli, pendakwah teknologi. Turut hadir dalam kursus tersebut ialah Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian.
Pelbagai program dan aplikasi yang dapat memudahkan kerja harian di jabatan turut dikongsikan oleh penceramah tersebut antaranya ChatGPT, Gemini, Copilot, Notebook LM dan lain-lain.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon