Kursus Aplikasi Psikologi Dalam Perkhidmatan Pelanggan

Kuala Lumpur, 21 April 2026 - Kursus Aplikasi Psikologi Dalam Perkhidmatan Pelanggan telah berjaya dilaksanakan pada 20 hingga 21 April 2026 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Seramai 22 orang peserta daripada pelbagai jabatan, bahagian dan unit di Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyertai program ini, menjadikannya platform yang sangat baik untuk perkongsian ilmu dan pengalaman merentas fungsi.

Kursus ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Korporat, Puan Junainah binti Abdullah selaku pemacu program. Sesi latihan dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Tuan Mohd Solhi bin Haji Mohd Sharif daripada Global Genius Consultant Sdn. Bhd yang telah berkongsi input berkaitan psikologi kerja, pengurusan emosi, tingkah laku manusia serta kepentingan aspek psikologi dalam meningkatkan komunikasi dan prestasi kerja.

Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pendekatan interaktif melalui ceramah, perbincangan kumpulan dan aktiviti praktikal yang membantu meningkatkan kefahaman serta aplikasi dalam situasi kerja sebenar.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01240896

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015