Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan STRATA 'C-SMART' Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2025

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BANGUNAN STRATA 'C-SMART' MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2025

Johor Bahru, 27 September 2025 - Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Strata 'C-SMART' MPHS 2025.

Kursus ini dihadiri 48 oleh orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Ahli-Ahli Majlis MPHS, kakitangan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dan kakitangan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan lebih pemahaman dan penjelasan kepada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen Pengurusan berkaitan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan penyenggaraan dan pematuhan perundangan ( penguatkuasaan ).

Kursus telah dilaksanakan dengan sesi ceramah dan taklimat daripada:

i. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

- Taklimat Pengurusan Strata yang Efektif oleh Dr. Norhanizan bin Sahib, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Operasi LPHS,

ii. Jabatan Kejuruteraan MPHS

- Taklimat Penyenggaraan Cerun dalam Kawasan Pemajuan Berstrata oleh Encik Noorizuan bin Zamuri , Penolong Jurutera Kanan, Jabatan Kejuruteraan MPHS.

iii. Jabatan Bangunan MPHS

- Taklimat Penyenggaraan Bangunan dalam Kawasan Pemajuan Berstrata oleh Encik Mohd Heiri Helmi bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Senibina, Jabatan Bangunan MPHS,

iv. Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS

- Taklimat Tatacara Perbelanjaan / Kewangan JMB/MC oleh Encik Zaid bin Zakaria, Penolong Akauntan, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS.

Pihak Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ( LPHS ) yang merangka program dan menyalurkan dana bagi penganjuran kursus tersebut.

Diharapkan agar penganjuran kursus ini yang bertepatan dengan matlamat Pembangunan Mampan SDG 4: Pendidikan Berkualiti akan dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan seterusnya akan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan di peringkat JMB/MC/Ejen Pengurusan dalam kawasan pentadbiran Hulu Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

 

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Selasa 07 Oktober 2025, 01:04:40.
Jumlah Pelawat :
01083726

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015