MPHS ANJUR KURSUS PEMBERSIHAN TANDAS & PENGGUNAAN BAHAN KIMIA DI FRASER VALLEY, KUALA KUBU BHARU.
KUALA KUBU BHARU, 25 Ogos 2025 – Satu Kursus Pembersihan Tandas dan Penggunaan Bahan Kimia telah dianjurkan oleh Bahagian KesKom, JPSPPA di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu, melibatkan petugas pembersihan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) serta kontraktor seliaan. Kursus ini berjaya menghimpunkan seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Landskap, JPSPPA serta kontraktor pembersihan seliaan JPSPPA dan Jabatan Landskap MPHS.
Slot pertama menampilkan ceramah mengenai Pengenalan Kepada Bahan Kimia yang disampaikan oleh Encik Mohamad Alauddin bin Mustafa. Dalam slot ini, peserta didedahkan kepada jenis dan fungsi bahan kimia yang digunakan dalam pembersihan, fungsi serta kaedah pencairan yang betul bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan kerja. Seterusnya, slot kedua telah disampaikan oleh Encik Raja Mohd Rostum bin Raja Daud daripada Unit Stesen Cegah Jangkit dan Sanitasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Pengurusan dan Standard Kebersihan Tandas Awam. Ceramah ini menekankan kepentingan 4 elemen utama di dalam Garis Panduan Manual Pembersihan Tandas Awam KPKT bagi menepati piawaian kebersihan di tandas awam milik Majlis.
Kursus yang dilaksanakan ini adalah bagi menyokong dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 melalui SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik serta SDG 6: Kebersihan Air dan Sanitasi.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan tahap profesionalisme, keselamatan dan keberkesanan kerja dalam kalangan petugas kebersihan sekaligus memastikan fasiliti tandas awam di bawah seliaan MPHS berada pada tahap terbaik untuk kegunaan masyarakat
#HuluSelangorBandarRendahKarbon