KURSUS SASARAN KERJA UTAMA (SKU) & PEMATUHAN ARAHAN TETAP JABATAN PENGUATKUASAAN MPHS 2026
26 Januari, Kuala Kubu Bharu: Jabatan Penguatkuasaan MPHS telah melaksanakan Kursus Sasaran Kerja Utama (SKU) dan Pematuhan Arahan Tetap Jabatan Penguatkuasaan bagi Tahun 2026 yang melibatkan semua anggota Jabatan Penguatkuasaan di PPAS Syed Mashor Kuala Kubu Bharu.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan Sasaran Kerja Utama (SKU) sebagai panduan pencapaian prestasi kerja yang lebih tersusun, berfokus dan berkesan, selaras dengan objektif jabatan. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada pematuhan Arahan Tetap Jabatan Penguatkuasaan bagi memastikan setiap anggota melaksanakan tugas mengikut prosedur, etika kerja serta disiplin yang ditetapkan.Anggota Jabatan Penguatkuasaan juga telah melafazkan ikrar pematuhan Arahan tetap.
Kursus ini turut dihadiri oleh Pengarah Perbendaharaan merangkap Timbalan Setiausaha, Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, P.P.T, C.A(M), Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, P.P.T, serta Encik Abdullah Shahrul bin Rosli, Ketua Bahagian Unit Integriti.
Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme, integriti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan Penguatkuasaan MPHS sepanjang tahun 2026.
















