Lawatan Delegasi Women Economic Forum Asean 2025

LAWATAN DELEGASI WOMEN ECONOMIC FORUM ASEAN 2025

SERENDAH, 18 JUN 2025 : Seramai 14 orang delegasi dari Women Economic Forum (WEF) Asean 2025 telah hadir ke Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah, hari ini.

Ketibaan delegasi telah disambut dengan beberapa persembahan kebudayaan seperti permainan caklempong, silat gayung dan tarian tradisional oleh anak-anak asrama YBK.

Lawatan ini bertujuan sebagai salah satu pendedahan kepada delegasi tentang bagaimana Malaysia melalui YBK dalam agenda membasmi kemiskinan.

Di dalam sesi lawatan ini juga, Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin mengambil kesempatan untuk berucap bagi berkongsi maklumat berkenaan kelebihan, keunikan dan keindahan Hulu Selangor kepada delegasi yang hadir.

Turut hadir Dato' Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom, Pengerusi YBK Serendah, Datin Hajah Hartini Osman, Presiden WEF Asean 2025, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengarah Urusan YBK dan beberapa pemimpin tempatan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 19 Jun 2025, 07:37:12.
Jumlah Pelawat :
01007843

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015