Cyberjaya, 04 Mei 2026 (Isnin) - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Sepang pada hari ini bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pelaksanaan Projek Teduh.
Delegasi MPHS telah disambut oleh Majlis Perbandaran Sepang iaitu YBrs. Tuan Mohd Faizal Bin Abdul Raji, Timbalan Yang Dipertua, MP Sepang serta Tuan Sulaiman bin Abi Hashim, Pengarah Jabatan Bangunan, MP Sepang.
MPHS telah diketuai oleh TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar. Turut hadir bersama ialah Tuan Fuad bin Ahmad Naravi, Ahli Majlis Zon 19, En. Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap, En. Mohd Shahril bin Ramli, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta pegawai teknikal dari Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap serta Bahagian Korporat.
Melalui sesi perkongsian ini, MPHS berpeluang menimba pengetahuan serta amalan terbaik yang boleh dijadikan panduan dalam memperkukuhkan pelaksanaan Projek Teduh di Hulu Selangor, khususnya bagi memastikan pembangunan bandar yang lebih mampan dan berdaya huni.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pengalaman yang amat berharga.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















