LAWATAN KERJA PEMAJUAN STRATA
Pada 28 Mei 2025 telah diadakan satu lawatan dari Bahagian Pesuruhjaya Majlis Perbadaran Hulu Selangor (COB MPHS) ke Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (COB MPAJ).
Lawatan yang diketuai oleh Pn. Nurul Asshima Bt. Aminullah, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS di sambut oleh En. Zulkefli bin Mohd Nor selaku Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPAJ.
Lawatan ini diadakan bagi berkongsi pengalaman dan nasihat berhubung pembangunan skim berstrata di kedua - dua daerah dengan fokus utama adalah pengeluaran hak milik strata.
Perkongsian ini diharap akan memacu kelancaran penyelesaian isu strata di Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama dan komitmen semua pihak terlibat terutamanya pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan pembeli/pemilik petak strata.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon