Lawatan MPHS Ke Stadium MPS

LAWATAN MPHS KE STADIUM MPS

Alhamdulillah pada 23 Jun 2025, Jabatan Landskap MPHS telah melakukan kunjungan tidak rasmi ke Stadium MPS. Lawatan ini disambut dengan sangat baik oleh pihak pengurusan Stadium daripada unit kemudahan awam, Jabatan Penilaian Pengurusan Harta iaitu Encik Mohd Zikry bin Zulkifle, Encik Wan Azenan bin Wan Ibrahim serta Encik Murukan A/L Manickam.

Tujuan lawatan ini diadakan sebagai satu inisiatif oleh pihak MPHS untuk melihat dan mempelajari amalan terbaik berkaitan penyelenggaraan padang serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di Stadium MPS. Fokus utama adalah untuk meninjau sistem pengurusan penyelenggaraan, keperluan logistik, dan sebarang penambahbaikan yang boleh dijadikan contoh kepada fasiliti sedia ada di bawah seliaan MPHS.

Pihak pengurusan telah memberi penerangan mengenai jadual penyelenggaraan padang, operasi harian, sistem saliran, penggunaan mesin dan teknologi terkini, serta cabaran yang dihadapi dalam operasi harian. Pihak pengurusan juga berbesar hati membawa wakil Jabatan Landskap untuk meninjau kawasan padang serta kemudahan kemudahan sekitar dalam Stadium MPS termasuklah bilik pemain, bilik pengadil, bilik rawatan, bilik kawalan serta lain lain bilik yang disediakan. Wakil Jabatan juga berpeluang melihat sendiri kecanggihan sistem pencahayaan lampu Stadium MPS, yang ternyata sangat megah dan berteknologi tinggi.

Pihak pengurusan stadium juga berkongsi tips dan pengalaman yang sangat mahal serta boleh dijadikan rujukan buat MPHS.

Pengurusan Stadium MPS juga turut melaksanakan penambahbaikan kemudahan secara berperingkat dengan keutamaan kepada keselamatan dan keselesaan pengguna.

Ternyata amalan penyelenggaraan dan sistem pengurusan stadium yang sistematik boleh dijadikan panduan kepada MPHS dalam merancang penambahbaikan fasiliti sukan di bawah kawalan MPHS.

MPHS juga berharap boleh menjemput pihak pengurusan Stadium MPS untuk datang ke Stadium Mini Kuala Kubu Bharu serta boleh boleh bertukar pandangan dan memberikan nasihat penambahbaikan sebagai persediaan SUKMA pada tahun hadapan.

Jabatan Landskap MPHS juga berhasrat mengadakan lebih banyak lawatan penanda aras ke fasiliti sukan lain sebagai usaha penambahbaikan yang berterusan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 27 Jun 2025, 05:56:24.
Jumlah Pelawat :
01012482

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015