Lawatan Penandaarasan Majlis Daerah Sabak Bernam ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu, 15 Januari 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dalam satu usaha memperkukuh kerjasama strategik serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan perbandaran. Delegasi MDSB ini telah diketuai oleh Encik Helmi bin Hamzah, Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran bersama sembilan (9) orang kakitangan MDSB.

Lawatan ini merupakan sebahagian usaha pihak berkuasa tempatan dalam berkongsi amalan terbaik dalam memastikan pengurusan kesihatan dan kelestarian persekitaran bagi komuniti setempat berada pada tahap yang terbaik. Sesi lawatan ini dimulakan dengan pembentangan oleh Encik Aizul Azrin bin Mohd Badri , Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK) mengenai proses penggredan premis makanan serta tatacara kawalan keselamatan dan kebersihan premis makanan seperti penutupan premis makanan yang dilaksanakan oleh Bahagian Inspektorat, JPSPPA dalam menjamin kesihatan komuniti . Delegasi turut memperhalusi prosedur piawai operasi serta peralatan-peralatan yang diperlukan sewaktu operasi dijalankan seperti alat peranti mudah alih, lampu suluh UV, kamera, lak rasmi, borang pemeriksaan dan lain-lain.

Delegasi MDSB turut diberikan penerangan berhubung strategi MPHS dalam meningkatkan amalan kitar semula di kalangan komuniti Hulu Selangor oleh PPKP Mohamad Alauddin bin Mustafa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK), Bahagian KesKom, JPSPPA. Inovasi Sisa Jadi Dana (SIDINA) merupakan antara projek MPHS yang memfokuskan kepada konsep ekonomi kitaran, di mana sisa diuruskan dengan pendekatan yang menjadikan sampah menjadi pendapatan semula kepada komuniti. Melalui projek SIDINA, MPHS berjaya mendidik warga Hulu Selangor untuk melihat sisa bukan sebagai sampah, tetapi sebagai sumber dana yang mampu memberikan pulangan ekonomi. Turut dikongsikan berhubung pengurusan tandas awam milik MPHS dan bukan milik MPHS melalui penggunaan aplikasi MyWC bagi penarafan bintang tandas secara kendiri.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, program diteruskan pada sebelah petang dengan lawatan tapak. Pihak MPHS telah membawa delegasi MDSB melawat Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) SIDINA serta mesin kitar semula minyak masak terpakai automatik.

Lawatan penandaarasan ini bukan sekadar platform perkongsian teknikal, malah menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara MPHS dan MDSB pada masa hadapan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 21 Januari 2026, 09:40:28.
Jumlah Pelawat :
01161968

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015