LAWATAN TAPAK - PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR KEMUDAHAN AWAM DI KAWASAN REKREASI SUNGAI INKI KALUMPANG
7 Julai 2026 (Selasa) Bahagian Audit Dalam MPHS telah mengadakan satu lawatan tapak ke Kawasan Rekreasi Sungai Inki, Kalumpang. Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah membuat semakan dan pengesahan status pelaksanaan projek, pematuhan skop kerja berdasarkan Bill Of Quantities (BQ), serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan audit pengurusan projek tersebut.
Turut hadir bersama pada lawatan tersebut adalah Encik Abdul Mun’im Bin Roslin, Ahli Majlis Zon 5 Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Abdullah Shahrul Bin Rosli, Ketua Unit Integriti Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Azreen Bin Ab Rahman, Penolong Jurutera Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Muhamad Nur Azman Bin Yahya, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Hulu Selangor & Puan Siti Aishah Binti Mohd Nor, Penolong Juruukur Bahan Bahagian Perolehan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
















