LAPORAN LAWATAN TAPAK TEKNIKAL YANG DIPERTUA, MPHS KE HOSPITAL KUALA KUBU BHARU
Kuala Kubu Bharu, 20 Februari 2026 - Satu lawatan tapak teknikal telah diadakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Lawatan tapak teknikal ini turut disertai oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS, Puan Azlina binti Mokhtar, wakil Jabatan Perancang Bandar, wakil Jabatan Bangunan, MPHS, wakil pihak Hospital Kuala Kubu Bharu dan pihak perunding.
Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa isu teknikal di Hospital Kuala Kubu Bharu. Antaranya adalah proses permohonan cadangan tambahan dan ubahsuai bangunan kuarters hospital lama yang sedia ada untuk dijadikan bilik fisiologi.
Pihak Majlis secara dasarnya tiada halangan bagi membantu pihak hospital untuk menyelesaikan beberapa isu teknikal berkenaan.
Lawatan tersebut diakhiri dengan lawatan tapak Puan Yang Dipertua ke bangunan terlibat. Diharapkan dengan lawatan dan perbincangan di antara pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan pihak Hospital Kuala Kubu Bharu menjadikan hubungan agensi kerajaan di kawasan pentadbiran Daerah Hulu Selangor lebih erat.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















