Lawatan Tapak Terhadap Isu Jalan Keluar Masuk di Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa Fasa 3
Bukit Sentosa, 14 Mac 2026 – Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi meneliti isu jalan keluar masuk di Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa Fasa 3, Jalan Bakawali 2A, Bandar Bukit Sentosa.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan sebenar di lokasi serta menilai kesesuaian laluan keluar masuk yang baharu bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran pergerakan kenderaan di kawasan sekolah terjamin.
Lawatan tapak ini telah dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS, serta pegawai-pegawai teknikal MPHS bagi mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap isu aduan yang dibangkitkan.
Hasil pemerhatian di tapak akan dijadikan rujukan untuk tindakan dan perancangan selanjutnya oleh pihak majlis.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















