MAJLIS BACAAN YASIN BULANAN WARGA KERJA MPHS TAHUN 2026
MPHS, 18 September 2026 (Jumaat) bersamaan 6 Rabiulakhir 1448H. Majlis Bacaan Yasin warga kerja MPHS telah dipimpin oleh Saudara Syed Usamah bin Syed Shahar dari Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Chiling MPHS pada pagi ini.
Hadir sama YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian dan Ketua Unit MPHS.
Program kerohanian ini diharapkan dapat memperkukuhkan nilai murni dan jati diri dalam kakitangan MPHS. Semoga segala urusan warga kerja MPHS dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugasan.
















