MAJLIS BACAAN YASIN BULANAN WARGA KERJA MPHS TAHUN 2026
MPHS, 13 November 2026 (Jumaat) bersamaan 3 Jamadilakhir 1448H. Majlis Bacaan Yasin warga kerja MPHS telah dipimpin oleh Saudara Muhammad Fathurrahman bin Mohamed Nasir dari Jabatan Bangunan dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Chiling MPHS pada pagi ini.
Hadir sama YBrs. Tuan Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian dan Ketua Unit MPHS.
Diharapkan majlis kerohanian ini dapat memperkukuhkan nilai murni dan jati diri dalam kakitangan MPHS. Semoga segala kesukaran urusan warga kerja MPHS dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugasan.
















