Majlis Makan Malam Kebudayaan Sempena Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2025

 

MAJLIS MAKAN MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA ‘PJ INTERNATIONAL YOUTH LEADERSHIP CAMP 2025’

Petaling Jaya, 17 September 2025 - Majlis Makan Malam Kebudayaan Sempena Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2025 telah diadakan bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya anjuran bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).

Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Aznan bin Haji Hassan, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya. Pada majlis tersebut turut diadakan penyerahan sijil dan cenderahati kepada Ybrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir pada majlis ini 10 orang pegawai dan kakitangan MPHS.

Program Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2025 yang berlangsung pada 13 – 19 September 2025 melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara bagi Bandar Persahabatan Petaling Jaya bersama bandar lain iaitu Hulu Selangor (Malaysia), Asan (Korea Selatan), Siongbuk-Gu (Korea Selatan), Miyoshi (Jepun), Qingyuan (China) dan Bandung (Indonesia).

MPHS telah menghantar 10 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring yang melibatkan 3 sekolah di daerah Hulu Selangor iaitu SMK Taman Bunga Raya 1, SMK Bukit Sentosa 2 dan SMK Serendah.

Majlis Makan Malam ini turut dipersembahkan dengan keindahan budaya, mempamerkan seni, tarian, dan muzik dalam meraikan kepelbagaian budaya dari pelbagai negara, sambil memupuk perpaduan dan memahami keindahan identiti budaya yang berbeza-beza. Tahniah para peserta Hulu Selangor yang mempamerkan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan.

Terima kasih dan Tahniah Majlis Bandaraya Petaling Jaya diatas kejayaan penganjuran program ini!

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

 

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 September 2025, 23:00:00.
Jumlah Pelawat :
01075419

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015