Majlis Mendengar Amanat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2026

MAJLIS MENDENGAR AMANAT MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN TAHUN 2026

Kuala Kubu Bharu, 20 Januari 2026 - Yang Dipertua dan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) turut serta mendengar Amanat YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2026 menerusi siaran langsung secara dalam talian.

Pelbagai kejayaan telah diperolehi oleh KPKT pada tahun 2025 yang lalu dan YB Menteri menyeru kepada semua warga KPKT untuk meneruskan kecemerlangan tersebut pada tahun 2026 ini. Beliau turut menekankan perkara paling asas tetapi paling penting dalam perkhidmatan awam iaitu nilai, sikap dan budaya kerja kerana dalam apa jua keadaan, inilah asas yang menentukan ketelusan penjawat awam ketika berkhidmat untuk rakyat dan negara.

Selain itu, YB Menteri turut memperkenalkan satu iltizam dan pendekatan kerja yang lebih ringkas, mudah diingati dan mudah diamalkan oleh seluruh warga KPKT, iaitu ABCDT - Amanah, Bersih, Cekap, Disiplin dan Team (Kerja Berpasukan). Beliau menegaskan bahawa ABCDT bukan slogan kosong, ia adalah pegangan dan kompas kerja semua warga KPKT, daripada pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat pelaksana di lapangan. Dalam sesi ini juga YB Menteri turut melancarkan Pelan Strategik KPKT tahun 2026 – 2030.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 21 Januari 2026, 09:40:28.
Jumlah Pelawat :
01161968

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015