PELANCARAN WORLD LANDSCAPE ARCHITECTURE MONTH (WLAM) 2026 PERINGKAT PBT
Seberang Perai, 1 April 2026 – Majlis Pelancaran World Landscape Architecture Month (WLAM) 2026 peringkat PBT telah berlangsung dengan jayanya melalui kolaborasi antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar MBSP sebagai simbol komitmen dalam memperkasa pembangunan landskap mampan.
Program turut menampilkan inovasi MPHS “Stump No-More” (STOM) yang dibentangkan oleh LAr Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap MPHS serta penyerahan 5,000 anak pokok pinang (Areca catechu) kepada kakitangan MBSP sempena kempen penanaman 100,000 pokok pinang di Pulau Pinang.
Delegasi MPHS diketuai oleh Puan Dewi Dirwana binti Munasir turut mengadakan lawatan ke Taman Eko Robina, termasuk penanaman simbolik enam (6) pokok pinang sebagai tanda kerjasama antara PBT.
Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama serta memacu pembangunan landskap yang lebih lestari dan berdaya saing.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















