MAJLIS PELUNCURAN APLIKASI WAKAF SELANGOR DAN BULAN WAKAF PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
Shah Alam, 10 Februari 2026 - Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah melancarkan aplikasi Wakaf Selangor, sebuah platform digital yang memudahkan urusan wakaf serta menggalakkan penyertaan masyarakat secara lebih sistematik, telus dan mesra pengguna.
Aplikasi ini membolehkan orang ramai berwakaf pada bila-bila masa, menyemak rekod wakaf serta mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti dan agihan wakaf yang telah dilaksanakan oleh PWS.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Dr. Muhammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor. Turut hadir ialah YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Dalam Majlis yang sama juga, PWS telah menerima simbolik penyerahan cek cura Wakaf Tunai oleh sebelas (11) syarikat korporat yang bernilai RM 400,000.00. Antara pewakaf korporat terdiri daripada Worlwide Holdings Bhd. (RM 150,000.00), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (RM 100,000.00) KDEB Waste Management (RM 50,000.00) Menteri Besar Selangor Incorporated dan Aiman Platinum Sdn Bhd. setiap agensi (RM 20,000.00), serta PKNS Real Estate, MZR Global Sdn. Bhd., Selangor Industrial Corporation dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad yang mana setiap agensi (RM 10,000.00). Manakala dua lagi agensi Meem Gold dan AFTACop Sdn. Bhd. masing-masing berwakaf sebanyak (RM5,000.00).
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















